More

    Samsung mungkin bertukar daripada Android kepada Fuschia

    Buat masa sekarang, kebanyakan orang pasti tahu mengenai Android dan iOS. Kini, Google dan Samsung sedang mengusahakan Fuchsia untuk kegunaan telefon pintar pada masa hadapan.

    Menurut Sammobile, Samsung mungkin tidak lagi menggunakan Android dan bertukar kepada Fuchsia iaitu sistem pengendalian baharu Google yang berasaskan kernel Zirkon. Samsung dikatakan telah menyumbang kepada pembangunannya, yang memungkin Samsung untuk berpindah OS.

    Namun, beberapa perkara boleh berlaku seperti Google beralih sepenuhnya daripada Android kepada Fuchsia kerana penggunaan sumber yang lebih rendah dan skalabiliti yang lebih besar. Fuchsia juga boleh digunakan sebagai OS berasingan untuk kategori produk terpilih seperti peranti rumah pintar sama seperti Chrome OS pada Chromebook. Akhir sekali, Fuchsia boleh berfungsi sebagai ‘lapisan’ bebas pada Android OS untuk menjadikannya lebih lancar.

    Agak sukar untuk memastikan Fuchsia menggantikan Android pada Samsung pada masa hadapan. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured