More

    Xiaomi Buds 3 dilancar: Miliki ANC, HiFi dan bateri tahan 32 jam berharga ~RM328

    Di samping pelancaran siri Xiaomi 12, Xiaomi juga memperkenalkan beberapa produk baharu dan salah satunya ialah Xiaomi Buds 3. Buds 3 terbaharu ini ialah model asas dalam siri ini yang mana varian Pro dilancarkan pada awal tahun ini.

    Sama seperti model Pro, Buds 3 juga menawarkan pembatalan hingar aktif sehingga 40 desibel, mempunyai sokongan audio HiFi dan kawalan sentuhan sensitif tekanan serta boleh bersambung dengan dua peranti dalam satu masa.

    Buds 3 mempunyai ketahanan bateri sehingga 32 jam apabila dipasangkan dengan kotak pengecasnya manakala satu pengecasan penuh menawarkan sehingga 7 jam main balik. Setiap fon wayarlesnya mempunyai berat hanya 4.6 gram dan dilengkapi dengan pemacu dinamik magnet dwi yang membolehkannya menghasilkan audio HiFi.

    Untuk ciri pembatalan hingar aktifnya, fon telinga wayarles ini turut menyokong tiga mod ANC yang boleh dipilih pengguna bergantung kepada keadaan sekeliling. Buat masa sekarang, Xiaomi Buds 3 boleh didapati pada harga 499 Yuan (~RM328) tetapi akan dijual pada harga pengenalan 449 Yuan (~RM295).

    Ia akan tersedia untuk pembelian bermula dari 31 Disember 2021. Di samping pelancaran Buds 3, Xiaomi juga telah mengeluarkan varian warna biru baharu untuk Buds 3 Pro yang juga akan dilancarkan sekitar tahun baru dengan harga diskaun sebanyak 649 Yuan (~RM425).

    Adakah anda berminat untuk membeli Xiaomi Buds 3? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...