More

    iPhone SE 3 mungkin tampilkan reka bentuk iPhone 8 dengan 5G dan dilancar pada 2024

    Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE baharu pada tahun 2022 yang mungkin akan menampilkan reka bentuk serupa dengan iPhone XR dan iPhone 11. Berkemungkinan juga ia akan kekal dengan rupa iPhone 8 untuk tahun ini . Menurut sumber, Dylandkt telah berkongsi kemas kini mengenai iPhone SE 3 baharu.

    Menurut Dylan lagi, Apple akan mengeluarkan iPhone SE dengan 5G, spesifikasi dan reka bentuk yang sama seperti model 2020. Dalam tweet sebelumnya pada Januari 2021, Dylan berkata bahawa “iPhone SE generasi akan datang akan menampilkan sensor Touch ID pada butang kuasa. Reka bentuk iPhone akan serupa dengan iPhone 11 tetapi dengan saiz paparan yang lebih kecil.

    Kini, tweet terbarunya mengatakan bahawa iPhone SE akan membawa reka bentuk seperti  XR dan 11 dengan saiz skrin yang lebih kecil yang dijangka akan keluar pada 2024. Manakala Blog Apple Macotakara dari Jepun serta penganalisis Ming-Chi Kuo dan Ross Young dari DSCC percaya bahawa iPhone SE 3 akan menampilkan paparan LCD 4.7 inci yang sama dengan reka bentuk seperti iPhone 8. 

    Menurut Macotakara dan Ming-Chi Kuo, iPhone SE 3 baharu akan menampilkan cip A15 Bionic sama seperti barisan iPhone 13 yang turut menyokong sambungan 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured