More

    Penutupan rangkaian 3G di Malaysia dilanjutkan hingga akhir Mac 2022

    Sebelum ini, rangkaian 3G telah ditutup untuk memberi laluan kepada 5G. Namun, terdapat pengumuman baharu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selaras dengan Pelan Rangkaian Digital Kebangsaan (JENDELA), pemadaman awal untuk 3G pada Disember 2021 telah dilanjutkan hingga akhir Mac 2022.

    Menurut Pengerusi SKMM, Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, beliau berkata 79% daripada 2.1 juta pengguna 3G telah pun berhijrah ke 4G setakat Disember 2021. Jumlah keseluruhan sekitar 1.66 juta pengguna dan pada masa yang sama 80% daripada rangkaian 3G ( 203,374) telah ditutup.

    Alasan untuk melanjutkan penutupan adalah kerana masih terdapat 21% pengguna 3G (440,852) yang masih belum beralih kepada 4G. 440,852 pengguna telah pun dimaklumkan mengenai tarikh baharu penutupan sambungan itu. Sementara itu, terdapat juga 20% pengguna 3G (50,486) yang tidak dapat membuat peralihan akibat banjir.

    Laporan ini datang daripada Pengerusi SKMM semasa laporan JENDELA suku keempat 2021. Sementara itu,terdapat juga laporan yang mencatatkan aduan mengenai liputan rangkaian. Johor Bahru mempunyai bilangan aduan tertinggi, diikuti oleh Petaling, Seremban, Kuala Lumpur dan Klang.

    Sehingga kini, JENDELA telah menaik taraf 2661 menara komunikasi serta 86 menara tapak baharu bagi lima daerah. Perluasan 5G juga sedang dirancang untuk negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured