More

    Xiaomi perkenalkan teknologi wayarles magnet baharu, pengecas wayarles 50W

    Sejak kebekelakangan ini, kami mendapati kebanyakan syarikat sedang membangunkan penggunaan pengecasan wayarles magnetik. OPPO adalah antara yang pertama mendedahkan jenis teknologi ini untuk peranti Android dan kini, Xiaomi turut mengikuti pembangunan tersebut.

    Semalam, Xiaomi memperkenalkan teknologi wayarles magnet baharunya menggunakan teknologi “kearuhan kecil + penyerapan magnetik” (small inductance + magnetic absorption) untuk menyampaikan pengecasan wayarles magnetik sehingga 50W. Ia juga mempunyai kurang 50% kehilangan tenaga membantu peranti daripada terlalu panas. 

    Selain itu, magnetnya cukup kuat melekat pada peranti seberat 800g. Xiaomi turut mendedahkan dua pengecas wayarles magnet baharu iaitu pengecas 30W boleh mengecas sepenuhnya pada bateri 5000mAh dalam masa 86 minit dan pengecas wayarles magnetik 50W yang mengurangkan masa cas semula kepada 49 minit. Pengecas 50W malah dilengkapi dengan penyejuk udara untuk mengelakkan pengecas daripada terlalu panas.

    Kami menjangkakan Xiaomi juga akan melancarkan pek bateri wayarles magnet. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Notebook Check

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...