More

    Intel dan AMD hentikan penghantaran ke Rusia dan Belarus kerana isu pencerobohan Ukraine

    Disebabkan krisis yang berterusan di Ukraine, pelbagai syarikat telah berusaha untuk memutuskan hubungan dengan Rusia. Kini, Intel dan AMD juga telah mengikutinya dan telah menggantung semua penghantaran ke rantau itu berikutan pencerobohan Rusia ke Ukraine.

    Buat masa ini, Intel dan AMD telah menghentikan semua penghantaran komponen ke Rusia dan Belarus. Langkah ini akan menjejaskan pengguna dan operasi pusat data di rantau itu. Tambahan, kehilangan bekalan daripada dua gergasi cip itu akan menjejaskan ekonomi Rusia dan juga infrastruktur rangkaiannya.

    Implikasi pemotongan bekalan Intel dan AMD juga boleh memberi kesan kepada sektor ketenteraan yang bergantung pada komponen tertentu yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diingat bahawa pemotongan bekalan komponen bukan sahaja cipset malah termasuk produk di PC dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured