More

    Samsung mungkin hasilkan siri baharu telefon lipat pada tahun ini

    Seperti yang anda ketahui, Samsung mengeluarkan dua barisan telefon pintar boleh lipat iaitu Samsung Galaxy Z Fold dan Samsung Galaxy Z Flip. Tahun ini, kami menjangkakan Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 tetapi laporan daripada Galaxy Club menunjukkan bahawa mungkin terdapat barisan telefon lipat ketiga.

    Terdapat tiga nama kod untuk telefon lipat kali ini iaitu B4, Q4 dan N4. Galaxy Z Flip3 dan Z Fold3 membawa nama kod B3 dan Q3 memberikan kami petunjuk bahawa kod N4 berkemungkinan barisan telefon lipat yang berbeza.

    Samsung mungkin tidak akan mengeluarkan telefon lipat N4 dalam kuantiti yang banyak seperti telefon lipat yang lain. Terdapat beberapa reka bentuk yang difailkan oleh Samsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti paparan boleh gulung dan boleh dilipat dalam pelbagai cara. N4 mungkin membawa reka bentuk inovatif memandangkan pengeluarannya yang terhad.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena 

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured