Menurut salah satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa HONOR akan melancarkan siri notebook dan tablet andalan baharu pada Mei ini yang mungkin menjadi penanda aras bagi tablet Android pada tahun ini.
Untuk spesifikasi notebook, dijangkakan siri HONOR MagicBook baharu akan dilengkapi dengan cipset siri Core dan Ryzen 6000 generasi ke-12. Menurut penulis blog itu, harga MagicBook baru akan lebih mampu milik.

Penulis blog itu berkata bahawa tablet andalan baharu HONOR mungkin dilengkapi dengan cipset Mediatek Xun Kun terbaharu yang merupakan cipset Dimensity 9000 yang dipertingkatkan kadar frekuensinya.
Platform Mediatek Xun Kun dihasilkan untuk kepada komputer, tablet dan komputer riba manakala cipset Dimensity dihasilkan untuk telefon pintar. V7 Pro yang dikeluarkan oleh HONOR tahun lepas dilengkapi dengan cipset MediaTek Xun Kun 1300T. Cipset ini dihasilkan dengan proses 6nm TSMC dan mempunyai teras besar 4×A78 + teras kecil 4×A55.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: ITHome







