More

    Razer Leviathan V2 dilancar di Malaysia: Soundbar & subwoofer RBG untuk PC berharga RM1,399

    Razer baru sahaja mengumumkan bar bunyi PC berbilang pemacu (multi-driver soundbar) dan peranti subwoofer baharu iaitu Razer Leviathan V2. Ia merupakan pengganti kepada V1 dengan beberapa penambahbaikan dengan harga RM1,399.

    Seperti yang dijangkakan, Razer Leviathan V2 padat dengan Audio Spatial THX dan Razer Chroma RGB. Terdapat dua pemacu jarak penuh dan subwoofer di bahagian bawah sebagai sistem bunyi semua-dalam-satu. Sistem bunyi THX menggunakan bunyi sekeliling 7.1 dan ia boleh berfungsi pada Windows 10 64 bit atau lebih tinggi.

    Selain itu, bar bunyi menggunakan Bluetooth 5.2 di PC, telefon pintar atau tablet. Razer Leviathan V2 serasi dengan aplikasi mudah alih Razer dan Razer Synapse untuk anda mengekalkan kawalan tetapan audio dan pencahayaan RGB. Peranti juga direka untuk mengisi ruang di bawah monitor dengan baik tanpa mengambil terlalu banyak ruang.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Razer Leviathan V2 di laman web rasmi Razer. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...