Axiata Group Bhd telah mendedahkan bahawa kerjasama antara Celcom dan Digi yang membentuk satu entiti baharu dipanggil ‘MergeCo‘ dijangka akan selesai pada penggal kedua 2022.
Pada 8 April 2021, Axiata dan Telenor Group iaitu syarikat induk Digi telah mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan penggabungan operasi telekomunikasi bagi kedua-dua syarikat.
Pada 24 November 2021 pula, Axiata juga mengumumkan bahawa MergeCo telah memulakan penglibatan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk proses penilaian penggabungan.
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, pemfailan bursa saham kepada Bursa Malaysia untuk penggabungan itu dibuat pada hari semalam. Axiata menjelaskan bahawa pelaksanaan urus niaga tersebut akan tertakluk kepada kelulusan syarikat dan pemegang saham Digi serta kelulusan kawal selia dan terma dan syarat lain.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Bernama







