fbpx
More

    Tapway bakal hasilkan sistem AI pada plaza tol di Malaysia, imbas nombor plat untuk pembayaran

    Chee How Lim yang merupakan jurutera aeroangkasa di Malaysia telah berjaya menubuhkan syarikat Tapway. Syarikatnya sedang mengusahakan gelombang pengimbas komputer dan penggunaan AI di Asia Tenggara.

    Pengendali lebuh raya bertol terbesar di Malaysia, PLUS, mahu mengurangkan kesesakan bagi lebih 1.5 juta pengguna hariannya. Pelan nasional meminta pihak PLUS membolehkan trafik kereta, teksi, bas dan lori bergerak dengan lancar merentasi berbilang lorong tetapi ianya menimbulkan beberapa cabaran besar.

    Perisian VehicleTrack Tapway berfungsi dalam semua keadaan cahaya dan cuaca dengan ketepatan 97 peratus yang konsisten. Dengan menggunakan NVIDIA Triton Inference Server, GPU tersebut boleh mengurus sehingga 50 strim video serentak.

    PLUS telah memasang 577 kamera setakat ini dan merancang untuk menambahnya lagi kepada hampir 900 di 92 plaza tol untuk memenuhi matlamatnya bagi kelancaran lalu lintas. Untuk spesifikasi, sistem bergantung pada model AI pintar yang dilatih dalam perisian awan (cloud) pada rangkaian GPU Teras Tensor NVIDIA A100 dan V100.

    Mereka menggunakan set data sehingga 100,000 imej untuk menyediakan model baharu bagi pelanggan Tapway dalam beberapa jam di mana ia merupakan peningkatan besar pada sistem berasaskan CPU yang mengambil masa beberapa hari.

    Menariknya, model tersebut boleh memproses sehingga 28,800 imej seminit pada pelayan (server) menggunakan GPU NVIDIA A10, A30 dan T4. Tapway menggunakan kit pembangunan perisian NVIDIA DeepStream untuk membina aplikasi pengimbas komputernya, NVIDIA TensorRT untuk memastikan model AI-nya pantas dan Triton untuk kegunaan polis trafik.

    Februari lalu, Tapway secara rasmi menjadi rakan kongsi kepada NVIDIA Metropolis. Program ini memberikan akses kepada syarikatnya dalam analisis video pintar akses awal kepada teknologi dan kepakaran. Sejak permulaannya pada 2014, Tapway telah menggunakan 3,000 pengesan di 500 lokasi di seluruh Malaysia dan Singapura.

    Selain itu, mereka juga membantu pusat membeli-belah dan peruncit memahami tabiat membeli-belah pelanggan. Kini, syarikatnya sedang bersiap sedia untuk membantu pengeluar seperti pembuat kereta dan pengeluar minyak sawit rantau ini memeriksa produk untuk kawalan kualiti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Nvidia

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X