fbpx
More

    Tecno Spark 9 Pro dilancar: Helio G85, skrin 6.6″ 90Hz dan kamera 50MP

    Tecno baru sahaja memperkenalkan telefon pintar baharu di pasaran global iaitu Tecno Spark 9 Pro. Telefon pintar ini dihasilkan sebagai pengganti kepada Tecno 8 Pro tahun lepas dan membawakan spesifikasi yang mengagumkan untuk peranti mesra bajet.

    Bermula dengan reka bentuknya, telefon pintar ini dilengkapi dengan panel belakang dua warna dan mempunyai dua bonggolan kamera bulat yang menempatkan tiga kanta. Telefon pintar ini mempunyai skrin rata dengan butang kawalan kelantangan dan butang kuasa di sebelah kanan.

    Pada bahagian hadapan, ia menampilkan skrin LCD 6.6 inci dengan resolusi FHD+ (1080p) dan kadar penyegaran 90Hz. Panel paparan mempunyai bezel tebal di sekelilingnya dan turut menampilkan takuk titisan air (waterdrop) untuk kamera swafoto.

    Telefon pintar ini menampilkan cipset MediaTek Helio G85 yang dipasangkan dengan GPU Mali G52. Peranti ini ditawarkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan dengan kad MikroSD. Peranti ini beroperasi pada HiOS 8.6 berasaskan Android 12 dan menampilkan bateri 5,000mAh yang besar dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

    Spark 9 Pro mempunyai tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan apertur f/1.7, sensor kedalaman 2MP dengan apertur f/2.4 dan lensa AI 2MP dengan f/2.0. Di bahagian hadapan, peranti ini membawakan kamera swafoto 32MP.

    Tecno Spark 9 Pro hadir dalam tiga warna iaitu Quantum Black, Burano Blue, Holy White dan Hacker Storm. Ia tidak lama lagi akan tersedia di pasaran global. Harga peranti masih belum diumum buat masa ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    nubia Focus Pro 5G dilancar di Malaysia: Skrin FHD+ 6.72″ dan kamera AI 108MP...

    Nubia ZTE telah melancarkan nubia Focus Pro 5G, telefon pintar yang direka untuk merevolusikan fotografi mudah alih. Peranti baharu ini bertujuan untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X