More

    Celcom lantik bekas Pengerusi TM dan K-KOM sebagai Pengerusi Interim baharu

    Celcom Axiata Bhd hari ini mengumumkan Tan Sri Dr Halim Shafie telah dilantik sebagai Pengerusi Interim baharunya. Pelantikan Dr Halim berkuat kuasa sejak 2 Jun 2022. Seperti yang dilaporkan, sebelum menerajui peranan Pengerusi Interim, Dr Halim telah berkhidmat sebagai Pengarah bukan eksekutif bebas Axiata Group Bhd sejak 1 November 2020.

    Tambahan, beliau mempunyai pengalaman dan pengaruh yang besar dalam industri di mana beliau pernah berkhidmat sebelum ini sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd dari 2009 hingga 2015 serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dari 2006 hingga 2009.

    Selain itu, Dr Halim juga pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada tahun 2000 dan pernah berkhidmat di banyak agensi kerajaan. Ini termasuk Kementerian Pendidikan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

    Bercakap mengenai pelantikan Dr Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu menantikan bimbingan dan kepimpinan beliau. Syarikat telekomunikasi utama itu juga berharap Pengerusi Interim baharu itu dapat memacu organisasi ke arah kemajuan dan mencipta nilai baharu untuk pelanggan.

    Dr Halim dilantik untuk mengisi peranan sebagai Pengerusi Interim berikutan peletakan jawatan Datuk Izzaddin Idris sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata dan Pengerusi Celcom. Celcom Axiata Bhd mengumumkan peletakan jawatan Izzaddin pada 31 Mei 2022.

    Menarik untuk melihat hala tuju yang akan diambil oleh Celcom Axiata Bhd di bawah bimbingan Dr Halim. Pada masa ini, syarikat itu sedang dalam dua usaha utama iaitu penggabungan dengan Digi serta perjanjian perkhidmatan 5G dengan DNB.

    Apa pendapat anda tentang perlantikan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured