More

    iOS 16 lancarkan ciri ‘Recently Deleted’ pada aplikasi ‘Messages’

    Anda akan mendapati terdapat sedikit perubahan pada aplikasi Mesej (Messages) setelah mengemas kini iOS 16. Perubahan tersebut termasuk keupayaan untuk menyunting dan menyahhantar mesej yang anda kesali. Satu lagi perubahan adalah “Baru Dipadam” (Recently Deleted) yang mengekalkan mesej yang telah dipadam selama 30 hari, ciri yang serupa pada aplikasi foto (Photos).

    Walaupun bahagian “Recently Deleted” pada aplikasi Messages agak tersembunyi, anda akan mendapat pemberitahuan mengenai perubahan ini pada kali pertama anda memadamkan mesej atau selepas mengemas kini kepada iOS 16.

    Mesej yang dipadam akan dipindahkan ke Recently Deleted dan selepas 30 hari, mesej tersebut akan terpadam secara automatik. Ia boleh dipulihkan dengan hanya klik pada menu Sunting (Edit) di penjuru kiri sekiranya mesej masih tersimpan sebelum 30 hari.

    Jika dilihat balik, Recently Deleted pada aplikasi Photos boleh dikunci dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda. Kemas kini iOS 16 kali ini akan mengunci fungsi tersebut secara automatik tanpa sebarang pilihan kunci.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...