fbpx
More

    Annuar Musa: Kerajaan sedang siasat pencerobohan keselamatan siber pada iPay88

    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa kerajaan menyedari pencerobohan keselamatan siber yang menjejaskan penyedia pembayaran dalam talian iPay88. Selain itu, beliau mendedahkan bahawa kerajaan telah mula menyiasat perkara itu.

    Salah satu platform pembayaran dalam talian terbesar di Malaysia, iPay88 mengeluarkan kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa mereka telah mengalami pencerobohan keselamatan siber di mana data kad mungkin telah dicuri. Setelah menyedari pencerobohan tersebut, syarikat iPay88 memulakan siasatan pada 31 Mei 2022 dan membawa pakar keselamatan siber untuk membendung isu tersebut.

    Walaupun proses pembaikan berjaya dan tiada pencerobohan selanjutnya ditemui sejak 20 Julai 2022, ramai difahamkan bimbang tentang potensi kebocoran data peribadi mereka terutamanya butiran kad perbankan. Kenyataan Annuar sekali gus mengesahkan bahawa platform e-dagang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak berkaitan berhubung pelanggaran keselamatan siber itu.

    Menteri Komunikasi menjelaskan bahawa jabatan perlindungan data peribadi (JPJD) telah memulakan siasatan berhubung perkara itu. Seperti yang dilaporkan, dua persatuan perbankan sejak itu telah memberi jaminan kepada pemegang kad bahawa data mereka selamat walaupun berlaku pencerobohan keselamatan siber iPay88.

    Untuk pengetahuan, baru-baru ini Perdana Menteri terjejas oleh isu keselamatan siber apabila akaun Telegram dan Signalnya digodam. Apa pendapat anda tentang sistem keselamatan siber negara kita? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: FMT

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X