More

    Digi beri data percuma 1GB, panggilan percuma tambahan untuk pelanggan

    Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, akses rangkaian adalah perkara penting untuk memastikan kita sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai penularan COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia. Terkini, Digi menawarkan perkhidmatan prihatinnya kepada rakyat Malaysia.

    Digi bakal terus menyediakan servis rangkaian dan memperbaiki liputan internet anda. Bukan itu sahaja, anda mungkin bakal mendapat mesej daripada Digi tentang pengumuman penting berkenaan COVID-19 (hasil kerjasama dengan pihak berkuasa).

    Penawaran prihatin Digi kepada pelanggan pula adalah seperti yang berikut:

    • Pelanggan Digi Prepaid dan Postpaid bakal menikmati internet dan panggilan tambahan dengan setiap tambah nilai RM10 ke atas. Klik disini untuk info.(Tawaran sehingga 31 Mac)
    • Pelanggan Digi Postpaid dan Postpaid Broadband bakal menikmati tambahan data 1GB yang boleh digunakan pada jam 8.00AM hingga 6.00PM (tebus di aplikasi MyDigi). Klik disini untuk info. (Tawaran sehingga 31 Mac)
    • Data percuma 24 jam pada hub pembelajaran digital jomstudi.my bermula minggu hadapan.
    • Akses sebulan berharga RM1 untuk kurikulum SPM dan PMR di Classruum melalui aplikasi MyDigi.
    • Pelanggan Digi Business boleh menikmati data percuma 2GB setiap bulan (ditambah dalam data tersedia), panggilan ke negara Asia dan global sehingga 600 minit, kontrak yang lebih pendek (3 hingga 6 bulan) tanpa pembayaran pelaburan untuk peranti.

    Adakah anda berpuas hati dengan tawaran ini? Luahkan komen anda di laman Facebook kami. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Digi. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured