More

    PM: Liputan rangkaian 5G di Malaysia kini capai 30% di kawasan berpenduduk

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengulas mengenai agenda pendigitalan kerajaan persekutuan untuk Malaysia dan bagaimana sambungan 5G akan memainkan peranan yang besar dalam perkara itu. Sehubungan itu, beliau mengumumkan bahawa setakat ini, liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 30% di kawasan berpenduduk.

    Seperti yang dilaporkan Bernama, Ismail seterusnya mendedahkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) telah menetapkan beberapa matlamat untuk liputan rangkaian 5G di negara ini. Ia termasuk liputan 40% di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2022 dan liputan 80% di kawasan berpenduduk menjelang 2024.

    Justeru, Perdana Menteri berharap program pendigitalan yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi akan terus dipertingkatkan. Ini penting untuk mengekalkan momentum semasa dan seterusnya memacu agenda pendigitalan negara.

    Sementara itu, Ismail juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengukuhkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia dalam bidang keselamatan siber dan kes penipuan dalam talian untuk menyokong visi pembangunan digital Malaysia.

    Beliau juga berkata program komprehensif akan dilaksanakan untuk Keluarga Malaysia termasuk forum kesedaran, bengkel kemahiran dan latihan teknikal untuk sektor awam dan swasta. Jadi, apa pendapat anda tentang kenyataan Perdana Menteri ini?

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured