More

    HONOR X40 didedah secara rasmi, miliki skrin OLED melengkung dan bakal dilancar 15 September ini

    Pengumuman rasmi dalam Persidangan Pelancaran Produk Baru HONOR Autumn akan diadakan pada pukul 19:30 bertarikh 15 September ini dengan memperkenalkan HONOR X40, HONOR Notebook V dan produk baharu siri X, HONOR Tablet X8. Hari ini, HONOR secara rasmi telah mendedahkan telefon sebenar HONOR X40.

    HONOR X40 menggunakan modul kanta cincin belakang dengan dua kamera belakang. HONOR X40 akan dilengkapi dengan bateri 5,100mAh. Tiada lubang untuk pembesar suara di bahagian atas dan mungkin tidak akan dilengkapi dengan pembesar suara dwi stereo.

    Daripada segi skrin, ia akan menggunakan skrin melengkung OLED berbilion warna, skrin direka dengan satu lubang di tengah dan darjah kelengkungan adalah besar. Siri HONOR X40 menggunakan skrin melengkung fleksibel OLED, kecerahan puncak 800 nits dan menyokong 100% gamut warna P3.

    Skrin HONOR X40 mungkin serupa dengan HONOR 60 iaitu skrin memiliki lubang tebuk OLED dengan PWM frekuensi tinggi 1920hz . Telefon HONOR X40 menggunakan skrin melengkung OLED manakala telefon HONOR X40 Max akan menggunakan skrin LCD rata.

    Sebelum ini, HONOR X40 Max didedah menyokong pengecasan pantas berwayar 40W dan mempunyai dua kamera belakang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...