More

    Logitech umum G Cloud Gaming Handheld, konsol “gaming” mudah alih berharga ~RM1,599

    Selepas acahan dan berita tertiris bulan lepas, Logitech hari ini secara rasmi mengumumkan peranti gaming kawalan tangan yang dipanggil G Cloud. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 720G, panel skrin IPS 7 inci dengan resolusi 1080p, kadar segar semula 60Hz, RAM LPDDR4X 4GB dan 64GB storan UFS.

    Pengecasan akan melalui port USB-C 3.1 dan baterinya berkapasiti 6,000mAh boleh dicas penuh kira-kira 2.5 jam memberikan lebih daripada 12 jam masa bermain. Walau bagaimanapun, G Cloud tidak mempunyai rangkaian mudah alih terbina dalam. Maka, ia hanya boleh diakses melalui Wi-Fi.

    G Cloud boleh memainkan beberapa game Android yang ringan tetapi seperti namanya, G Cloud direka bentuk dengan mengambil kira gaming awan. Logitech juga telah bekerjasama dengan Microsoft dan NVIDIA untuk menyepadukan perkhidmatan Xbox Cloud Gaming serta NVIDIA GeForce Now pada peranti ini.

    Anda juga boleh menggunakan Steam Link untuk menstrim game terus dari PC atau strim daripada konsol Xbox anda. Memandangkan ia adalah peranti Android, G Cloud boleh memainkan game Stadia dan Luna. Malah, ia juga boleh menjadi peranti hiburan dengan aplikasi YouTube dan Netflix.

    G Cloud mempunyai berat kira-kira 463g. Reka bentuknya mempunyai butang kawalan pada kiri dan kanan, D-pad, ABXY, dan empat butang pencetus (trigger). Bahagian hadapan terdapat kekunci G tambahan, butang rumah (home) dan dua butang menu. G Cloud juga mempunyai pembesar suara stereo dan dua mikrofon dengan fungsi pengurangan hingar.

    Ia juga menyokong pelbagai output audio seperti Bluetooth 5.1, fon kepala USB-C dan bicu audio 3.5mm. G Cloud dijangka dilancarkan di AS pada 17 Oktober dengan harga AS$350 (~RM1,599). Ketersediaanya dalam pasaran tempatan bakal diumumkan oleh Logitech.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: engadget

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured