More

    Microsoft Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 dilancar di Malaysia, bermula RM5,299

    Microsoft hari ini mengumumkan Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 baharu secara rasminya tersedia di Malaysia melalui penjual semula komersial dan peruncit yang sah. Surface Pro 9 menampilkan kickstand terbina dan paparan PixelSense 13 inci, kadar penyegaran sehingga 120Hz dan pelbagai warna termasuk Sapphire, Forest, Platinum dan Graphite.

    Selain itu, ia juga mempunyai kamera HD, pembesar suara Omnisonik, mikrofon terarah dan cip G6 tersuai Microsoft bagi mengoptimumkan isyarat sentuhan. Digabungkan dengan ciri Ink Focus baharu dalam Microsoft OneNote atau aplikasi GoodNotes baharu untuk Windows 11, dakwat digital pada skrin memberikan kesan seperti tulis di atas kertas.

    Surface Pro 9 menawarkan pilihan cipset Intel Core Generasi ke-12 yang dibina pada platform Intel Evo dengan Thunderbolt 4 atau Microsoft SQ 3 yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon dengan sambungan 5G untuk pengguna Surface for Business.

    Surface Laptop 5 pula hadir dengan platform Intel Evo terkini dengan prestasi lebih 50% berkuasa daripada generasi sebelumnya dan menampilkan Thunderbolt 4. Paparan 3:2 PixelSense tersedia dalam dua pilihan iaitu 13.5 inci atau 15 inci. Kedua-duanya dilengkapi Dolby Vision IQ, spatial Dolby Atmos 3D, kamera HD dan mikrofon Studio.

    Berharga daripada RM5,299, Surface Laptop 5 hadir dalam dua warna iaitu logam hitam dan logam platinum. Harga Surface Pro 9 pula bermula daripada RM5,299 dan direka dengan sarung aluminium gred tinggi dan menyediakan pilihan untuk Papan Kekunci Microsoft.

    Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 tersedia mulai 29 November 2022 melalui penjual semula Surface for Business dan peruncit yang sah termasuk Maxis, All IT, Gloo by SNS Network, Harvey Norman, Lazada, PC Image, Senheng, Shopee dan TMT by Thundermatch.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured