More

    Samsung Galaxy A04: Telefon pintar bajet dengan kamera resolusi tinggi dan skrin pantas

    Siri telefon pintar Samsung Galaxy A merupakan siri peranti mampu milik yang paling laris di dunia kerana ia menawarkan spesifikasi dan fungsi yang sangat canggih pada harga berpatutan. Untuk tahun ini, Samsung Galaxy A04 menampilkan penambahbaikan yang tinggi berbanding Galaxy A03 pada tahun lalu, namun masih dijual pada harga mampu milik iaitu RM559 sahaja.

    Untuk ketahui sama ada Samsung Galaxy A04 sesuai untuk anda, ayuh kita lihat apakah ciri-ciri unik yang ditawarkan dalam telefon ini:

    Kamera 50 MP untuk kualiti gambar yang lebih jelas

    Samsung Galaxy A04 menampilkan kamera utama 50MP yang boleh mengambil gambar pada resolusi tinggi dengan butiran jelas. Ini adalah peningkatan daripada Galaxy A03 sebelum ini yang sekadar mempunyai kamera 48MP sahaja.

    Modul kamera Galaxy A04 yang lengkap untuk kegunaan harian

    Selain itu, Galaxy A04 turut mempunyai sensor kedalaman (depth sensor) yang membenarkan anda untuk mengambil gambar dalam Portrait Mode dengan latar belakang yang lebih kemas seperti dalam kamera sebenar. 

    Di hadapan pula, telefon ini mempunyai kamera swafoto 5MP yang turut boleh mengambil gambar Portraid Mode untuk efek bokeh (kabur) yang cantik.

    Telefon bajet tak semestinya slow

    Sering kali kita berfikir bahawa telefon kategori permulaan atau bajet mempunyai prestasi yang perlahan. Ini bukanlah kesnya untuk Samsung Galaxy A04 kerana ia mempunyai prestasi pantas untuk pelbagai kegunaan harian.

    Galaxy A04 kini mempunyai cipset MediaTek P35 dengan kelajuan octa-core clock 2.3GHz untuk menjana prestasi pantas dalam kebanyakan aplikasi umum seperti media sosial, perbankan dalam talian, pelayar laman web, tontonan video dan banyak lagi.

    Spesifikasi asas untuk Galaxy A04
    RAM boleh dibesarkan supaya anda boleh buka banyak aplikasi serentak

    Telefon ini juga mempunyai fungsi RAM Plus, di mana ia akan membesarkan RAM secara maya (virtual) sehingga 4GB. Ini membenarkan anda untuk buka lebih banyak aplikasi serentak tanpa memperlahankan prestasi telefon, sesuai untuk mereka yang gemar melaksanakan multi-tugas.

    Di samping itu, ia turut dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci yang hampir memenuhi bahagian hadapan telefon dengan sempadan bezel yang nipis. Ini akan meningkatkan pengalaman anda sewaktu menonton video dalam YouTube atau Netflix.

    Bateri besar dengan pengecasan lebih pantas

    Galaxy A04 turut menyokong kadar pengecasan pantas 15W melalui port USB-C, hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding Galaxy A03 sebelum ini. Ini bermaksud anda boleh menjimatkan masa sehingga separuh untuk mengecas bateri.

    Kapasiti baterinya juga masih kekal besar iaitu 5,000mAh, membuatkan hayat baterinya lebih lama berbanding telefon mahal seperti siri Galaxy S22. Dengan penggunaan ringan, bateri Galaxy A04 boleh bertahan sehingga dua hari dan boleh dipanjangkan lagi dengan mod penjimatan kuasa.

    Ubahsuai telefon ikut citarasa anda

    Galaxy A04 mempunyai sistem antara muka (interface) One UI Core 4.1 berdasarkan Android 12. Sistem ini membenarkan anda untuk mengubah pelbagai aspek dalam telefon anda, daripada gaya latar belakang (wallpaper) hinggalah warna keseluruhan dalam telefon supaya anda boleh hasilkan telefon yang unik dengan citarasa sendiri.

    Warna-warna menarik pada Galaxy A04

    Anda juga boleh dapatkan Galaxy A04 dalam tiga warna menarik iaitu hitam, hijau dan tembaga (copper). Selain itu, ia turut mempunyai sistem audio yang ditala oleh Dolby Atmos apabila anda menghubungkan fon telinga dengannya untuk kualiti audio yang lebih jelas.

    Samsung Galaxy A04 akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM479 untuk varian 3GB+32GB dan RM559 untuk 4GB+64GB. Dengan harga sedemikian, anda boleh nikmati pelbagai fungsi di atas yang biasanya hanya terdapat pada telefon yang lebih mahal.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A04. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured