More

    TM ingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan “scam” e-mel yang gunakan logo TM

    Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dengan penipuan atau scam terbaru yang menggunakan logo syarikat telekomunikasi itu.

    Pada waktu ini, terdapat e-mel palsu yang disebar luas dan menggunakan logo rasmi TM, di mana ia memaklumkan kepada para pelanggan bahawa mereka telah memenangi hadiah wang tunai di bawah program “Bonus Hadiah Keluarga TM”. Kononnya, penerima perlu membalas e-mel itu dengan maklumat peribadi untuk mendapatkan wang tunai tersebut.

    TM menegaskan bahawa e-mel ini tidak pernah dihantar oleh TM dan orang awam dinasihati untuk tidak mempedulikannya. TM juga mengingatkan bahawa mereka tidak pernah meminta data peribadi pelanggan sekiranya beliau telah memenangi sebarang bonus, hadiah dan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh TM.

    Sekiranya orang awam menerima sebarang bentuk mesej yang meminta data peribadi, itu adalah petanda jelas bahawa mesej itu ialah satu penipuan dan jangan balas mesej tersebut. Mesej ini boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti e-mel, SMS, panggilan telefon dan banyak lagi.

    Jika anda menerima sebarang mesej yang mencurigakan, anda boleh laporkannya kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan menghubungi 997.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured