More

    Imej janaan siri Samsung Galaxy Book3 360 tertiris, dedahkan stilus, OS dan darjah lipatan

    Komputer riba siri Samsung Galaxy Book3 terbaharu akan tiba bersama siri Galaxy S23 dalam acara Unpacked pada 1 Februari ini. Kini, terdapat imej janaan yang tertiris untuk Galaxy Book3 360, Galaxy Book3 Pro dan Galaxy Book3 Pro 360.

    Ketiga-tiga model akan mempunyai paparan skrin sentuh Super AMOLED beresolusi 2880x1800px (16:10), papan kekunci berlampu latar, cipset Intel generasi ke-13, dua port Thunderbolt 4 dan sambungan Wi-Fi 6E. Komputer riba juga akan mempunyai port USB-A, port HDMI, bicu audio dan slot mikroSD.

    Galaxy Book3 360 akan mempunyai skrin 14 inci manakala Galaxy Book3 Pro mempunyai kedua-dua varian 14 inci dan 16 inci. Galaxy Book3 Pro 360 pula mempunyai panel 16 inci. Semua model akan mempunyai pilihan antara Core i5-1340P atau Core i7-1360P dan akan mempunyai RAM LPDDR5 16GB serta storan SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB.

    Semua model akan menggunakan sistem operasi Windows 11 dengan penambahan ekosistem Galaxy Samsung. Model 14 inci akan mempunyai bateri 63WH manakala model 16 inci akan mempunyai bateri 76WH. Semua model akan datang dengan pengecasan USB-C PD 65W. Galaxy Book3 360 juga akan menyokong S Pen.

    Galaxy Book3 Pro mungkin tidak mempunyai digitizer yang diperlukan untuk stylus tetapi Galaxy Book3 Pro 360 dilaporkan akan menyokongnya. Galaxy Book3 Ultra dijangka mempunyai spesifikasi seperti Core i9-13900H 45W, GPU Nvidia RTX 4070, RAM sehingga 32GB dan SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB. Ia akan mempunyai bateri 76WH dengan pengecasan 136W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Samsung Galaxy Book3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured