More

    Kemas kini iOS 16.3.1 dilancar, betulkan pepijat dan keselamatan iPhone

    Anda kini boleh mengemas kini iPhone kepada iOS 16.3.1 dengan menuju ke aplikasi Tetapan (Settings), memilih Umum (General), kemudian pilih Kemas Kini Perisian (Software Update). 

    Nombor binaan untuk kemas kini hari ini ialah 20D67 disediakan pada kesemua iPhone yang mampu menjalankan iOS 16 termasuk iPhone 8 dan ke atas. Menurut Apple, kemas kini ini lebih kepada pembetulan pepijat yang penting dan keselamatan untuk iPhone anda.

    Berikut adalah nota keluaran penuh untuk iOS 16.3.1:

    • Tetapan iCloud mungkin tidak bertindak balas atau tidak dipaparkan dengan betul jika aplikasi menggunakan iCloud
    • Permintaan Siri untuk Cari Saya (Find My) mungkin tidak berfungsi
    • Pengoptimuman Pengesanan Kemalangan (Crash Detection) pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro

    Di samping iOS 16.3.1, Apple juga melancarkan kemas kini berikut:

    • Perisian HomePod Versi 16.3.2
    • iPadOS 16.3.1
    • tvOS 16.3.2
    • watchOS 9.3.1
    • macOS Ventura 13.2.1

    Sudahkah anda mengemas kini peranti Apple anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured