More

    realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition tarik perhatian Elon Musk

    realme 10 Pro Coca-Cola Edition adalah telefon segmen pertengahan yang diubah suai mengikut tema jenama minuman terkenal itu. Bagi spesifikasi, realme 10 Pro Coca-Cola Edition dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, paparan LCD 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    Telefon pintar edisi ini menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola mendapat perhatian media dan kegemaran KOL (Key Opinion Leader), malah menarik perhatian Elon Musk. Reka bentuk belakang telefon pintar ini diinspirasikan oleh elemen reka bentuk klasik Coca-Cola berwanrna merah dan hitam.

    Nada dering peranti disesuaikan seperti nada dering Coca-Cola dan bunyi buih cair yang berdegup. Sistem UI tersuai daripada skrin kunci kepada kesan pengecasan dinamik, semuanya direka berdasarkan Coke merah dan elemen gelembung Coca-Cola. Produk persisian turut disertakan seperti pin SIM , pelekat DIY dan kad nombor terhad yang unik.

    Lebih banyak edisi terhad akan dikeluarkan di pasaran SEA tidak lama lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini atau peranti lain di laman web rasmi realme. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured