More

    Lotus Eletre dilancar di Malaysia: Kenderaan elektrik Hyper-SUV pertama di dunia bermula RM578,000

    Pada hari ini, Lotus Cars Malaysia melancarkan siri kenderaan elektrik (EV) Lotus Eletre yang merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi, lebih dikenali sebagai Hyper-SUV, pertama di dunia.

    Ia ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu Lotus Eletre, Lotus Eletre S dan Lotus Eletre R. Ia dibina dengan sistem 800v Electric Premium Architecture (EPA), menggunakan aluminium dan besi regangan tinggi untuk struktur badan yang optimum.

    Eletre dan Eletre S dikuasakan dengan sistem kelajuan tunggal, menawarkan kuasa kuda 603hp dan tork 710Nm untuk menghasilkan prestasi pecutan 0-100km/j dalam masa 4.5 saat serta pecutan 80-120km/j dalam masa kurang 2.2 saat. Kelajuan maksimumnya adalah 258km/j dengan jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 600km.

    Eletre R pula hadir dengan sistem dua kelajuan yang menawarkan kuasa kuda 805hp dan tork 985Nm untuk hasilkan kelajuan 0-100km/j dalam masa 2.95 saat, serta pecutan 80-120km/j dalam masa 1.9 saat. Kelajuan maksimum pula ialah 265km/j dan jarak pemanduan WLTP pula sejauh 490km.

    Semua varian Lotus Eletre menggunakan bateri berkapasiti 112kWh. Pengecas 350kW boleh mengecas pantas kenderaan ini dari 10 ke 80 peratus dalam masa 20 minit. Ia juga menyokong pengecasan AC 22kW sebagai ciri standard.

    Lotus Eletre menawarkan lima mod pemanduan iaitu Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual. Setiap mod ini akan mengubah suai maklum balas stereng, tetapan perendam (damper settings), rangkaian kuasa (powertrain) dan pedal pecutan.

    Untuk Eletre R pula, ia mempunyai satu lagi mod tambahan iaitu Track yang akan merendahkan tunggangan (ride height), stereng roda belakang aktif, peredam adaptif dan kawalan anti-guling untuk menawarkan prestasi dinamik pada tahap lebih tinggi. Ia juga mempunyai satu gril aktif yang boleh dibuka sepenuhnya serta kawalan khas untuk mengakses kuasa sebenar kereta.

    Di dalam, ia mempunyai konfigurasi lima tempat duduk dengan kapasiti but 688 liter, dan 1,532 liter apabila kerusi belakang dilipat. Konfigurasi empat tempat duduk boleh didapati sebagai sebahagian daripada pilihan Executive Seat Pack.

    "
    "

    Untuk keselamatan sewaktu memandu, ia mempunyai sistem bantuan pemandu pintar Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang boleh memandu Lotus Eletre secara automatik dan akan dikemas kini secara over the air (OTA) pada masa hadapan.

    Ia turut dilengkapi fungsi keselamatan Adaptive Cruise Control (ACC), satu sistem pemantauan pemandu, Rear Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Front Cross Traffic Alert (FCTA), Lane Keep Assist dengan Lane Departure Warning / Prevention (LKA+), Blind Spot Detection, Traffic Sign Information (TSI), Front dan Rear Park Assist, Visual Park Assist serta Lotus Intelligent Dynamic Chassis Control.

    Lotus Eletre ditawarkan dalam warna kelabu, kuning, merah, hijau dan hitam. Berikut adalah harga ketiga-tiga varian untuk pasaran Malaysia:

    • Lotus Eletre – bermula RM578,000
    • Lotus Eletre S – bermula RM648,000
    • Lotus Eletre R – bermula RM798,000

    Buat masa ini, Lotus Eletre di Malaysia telah menerima 140 tempahan dengan hanya 200 unit yang akan disediakan bagi tahun 2023. Layari laman web Lotus Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan ini.

    Kongsi pendapat anda tentang kenderaan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...