More

    Twitter kembalikan tanda pengiktirafan biru untuk pengguna yang tidak langgan kepada Twitter Blue

    Sejak 20 April lalu, Twitter telah menguatkuasakan polisi pengesahannya yang baru, di mana tanda pengiktirafan biru (blue verification checkmark) kini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang melanggan kepada Twitter Blue. Ini juga bermaksud para pengguna yang popular seperti ahli politik dan selebriti juga akan kehilangan tanda tersebut, jika mereka tidak melanggan kepada Twitter Blue.

    Sungguh pun begitu, nampaknya Twitter kini telah mengembalikan tanda tersebut kepada beberapa pengguna yang pernah mempunyainya sebelum ini, walaupun jika mereka tidak melanggan kepada Twitter Blue sekarang. Rata-rata pengguna yang memiliki sejuta pengikut ke atas telah menerima semula tanda pengiktirafan biru mereka.

    Para pengguna Twitter yang menerima semula tanda ini turut menjelaskan bahawa mereka tidak pernah melanggan kepada Twitter Blue, meskipun profil mereka mengatakan sedemikian.

    Twitter masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu ini. Ia mungkin berlaku kerana Twitter perlu membuang tanda pengiktirafan biru itu secara manual untuk para pengguna yang memiliki jumlah pengikut tinggi.

    Selain itu, daripada 400,000 pengguna yang memiliki tanda pengiktirafan biru sebelum ini, hanya sekitar 500 orang sahaja yang melanggan kepada Twitter Blue untuk mengekalkan tanda tersebut. Jumlah langganan yang kecil ini mungkin akan mendesak Twitter untuk mempertimbangkan semula polisi tanda pengiktirafan biru ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Guardian

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured