More

    WhatsApp Beta uji ciri perkongsian status ke “story” Facebook

    Kemas kini WhatsApp beta terbaru membawa perkongsian status kepada pengguna Facebook. Ini adalah gabungan antara dua platform media sosial dan walaupun masih dalam fasa ujian beta, ciri ini menarik perhatian pengguna. Penguji beta menemui ciri ini dengan kemas kini pada aplikasi WhatsApp Beta beberapa minggu lalu.

    Semasa dikesan, ia berada dalam peringkat pembangunan dan kini penguji dapat menggunakannya. Memandangkan WhatsApp dan Facebook berkongsi syarikat induk yang sama, ia boleh digunakan dengan lancar. Pemilik perniagaan akan mendapat keupayaan untuk berkongsi kemas kini status yang dibuat di WhatsApp ke Facebook.

    Jika anda menggunakan Facebook dan WhatsApp dengan kerap, anda akan melihat sedikit persamaan antara cerita (story) dan ciri status. Kedua-duanya mempunyai konsep yang sama, membolehkan pengguna berkongsi siaran yang hanya kekal selama 24 jam.

    Ciri baharu ini yang tersedia untuk penguji Beta WhatsApp ialah membolehkan pengguna berkongsi siaran status ke cerita. Jadi, jika pengguna membuat siaran pada status WhatsApp mereka, ciri ini akan berkongsi secara automatik dengan pada cerita mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured