More

    OPPO menghentikan pembangunan cipsetnya

    OPPO iaitu pengeluar telefon China menutup bahagian pembangunan cip Zeku dan melepaskan obejktif reka bentuk System-on-Chip (SoC) dalamannya. Berita itu disiarkan apabila jualan telefon pintar di seluruh dunia terus menurun dan AS meneruskan dengan sekatan eksport cip.

    Bloomberg melaporkan bahagian Zeku iaitu pembangunan cipset bagi OPPO telah ditubuhkan pada 2019 dan membawa kira-kira 200 paten. Salah satu cip tersebut ialah cip MariSilicon X yang menggabungkan Unit Pemprosesan Neural (NPU) termaju dengan cip pengimejan dan subsistem memori berbilang peringkat.

    Satu lagi ialah cip audio MariSilicon Y yang menyampaikan audio tanpa kehilangan 24-bit/192kHz melalui sambungan Bluetooth. Kedua-dua cip adalah produk yang agak terbaharu yang diumumkan semasa OPPO INNO Day 2021 dan 2022.

    Seperti Apple, OPPO mula membuat pemproses bersama sendiri untuk pengimejan dan komponen telefon pintar lain tetapi tidak berjaya melancarkan SoCnya sendiri. Hal ini telah membebankan OPPO kerana bergantung pada syarikat lain untuk cip yang paling penting dalam peranti itu.

    Keluaran terbaru OPPO termasuk OPPO Find N2 Flip yang menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9000 Plus manakala Find X6 Pro menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured