More

    Google bakal padam akaun yang tidak aktif selama dua tahun bermula Disember ini

    Saya percaya bahawa ramai orang mempunyai lebih daripada satu akaun Gmail dan sebahagian daripada mereka sudah lama tidak mendaftar masuk akaun tersebut. Google baru-baru ini mengemas kini dasarnya untuk menyatakan bahawa akaun yang tidak digunakan sekurang-kurangnya dua tahun dianggap tidak aktif dan akan dipadamkan.

    Google mengatakan akaun yang tidak aktif berkemungkinan digodam jika ia tidak digunakan untuk masa yang lama. Ini kerana akaun yang terlupa atau dibiarkan tanpa pengawasan sering bergantung pada kata laluan lama atau digunakan semula yang mungkin telah terjejas kerana tidak mempunyai pengesahan dua faktor dan tahap keselamatan yang rendah.

    Analisis dalaman Google menunjukkan bahawa akaun yang tidak digunakan adalah 10 kali lebih bahaya daripada akaun aktif kerana menggunakan pengesahan dua faktor. Ini bermakna bahawa akaun yang tidak aktif selalunya berada dalam keadaan terdedah, dimanipulasi, kecurian identiti dan penggodaman.

    Jadi, Google akan memadamkan akaun Gmail dan kandungannya termasuk kandungan dalam Google Workspace, YouTube dan Google Photos jika akaun tersebut tidak digunakan atau dilog masuk ke selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Dasar ini hanya terpakai pada akaun Google peribadi dan tidak menjejaskan akaun daripada institusi seperti sekolah atau perniagaan.

    Selain itu, kemas kini ini membawa dasar Google selaras dengan piawaian industri untuk pengekalan dan pemadaman akaun serta mengehadkan tempoh Google mengekalkan maklumat peribadi pengguna yang tidak digunakan. Pemadaman data akaun akan dijalankan secara berperingkat mulai Disember 2023.

    Sebelum memadamkan akaun, Google akan menghantar berbilang pemberitahuan sepanjang bulan sebelum pemadaman. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured