Google dan Kantar menerbitkan laporan Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2023 di mana realme memperoleh kedudukan ke-21 iaitu lonjakan luar biasa sebanyak 29 tempat berbanding tahun lepas.
Menurut Doreen Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Greater China dan Pengerusi Global Kantar BrandZ, jenama global China itu kini berhasrat untuk mengubah imej mereka daripada mampu milik kepada tawaran yang lebih bernilai.
Untuk pengetahuan anda, Kantar BrandZ membawakan penilaian jenama terkemuka industri, digabungkan dengan penyelidikan daripada kajian ekuiti jenama terbesar dan paling meluas di dunia iaitu sebanyak 4 juta pengguna meliputi 20,000 jenama merentas 525 kategori dalam 50 pasaran.
Pada tahun 2023, realme Malaysia memulakan strategi siri C dengan produk baharu mereka “No Leap, No Launch” dan komited untuk menyediakan produk yang melebihi jangkaan pengguna. realme telah menarik minat golongan muda membuktikan kejayaan pelancaran realme C55 dan C53 di Malaysia.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







