More

    Acer Aspire Vero dan Vero Monitor turut rasmi, diperbuat daripada bahan kitar semula bermula RM2,599 dan RM749

    Acer turut mengumumkan komputer riba Aspire Vero dan paparan Vero CB1 di Malaysia. Model yang dikemaskini ini digabungkan dengan peratusan plastik yang dikitar semula (PCR) yang lebih tinggi dalam casisnya iaitu sebanyak 40%. Ini dapat mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 30% dalam proses pembuatan bahan casis.

    Selain itu, terdapat penggabungan Ocean Bound Plastic (OBP) dalam pad jejak melalui penggunaan OceanGlass. Pembungkusannya juga menggunakan bahan kitar semula seperti kertas dan kadbod. Komputer riba ini dilengkapi cipset Intel Core i7 generasi ke-13, paparan FHD IPS 14 inci dan menawarkan pilihan RAM 8GB atau 16GB serta SSD 512GB.

    Ia hadir dengan pra-pasang Microsoft Office 2021 edisi Home dan Student. Harga Acer Aspire Vero 14 bermula RM 2,599 dan tersedia di Acer eStore serta kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada. Acer Malaysia juga mengumumkan program tukar beli dan Go Green untuk menggalakkan para penguna bertukar ke komputer riba hijau dan mengurangkan jejak karbon.

    Dari sekarang sehingga 30 September 2023, para pelanggan boleh tukar beli peranti lama mereka untuk rebat tunai bernilai sehingga RM 500 untuk pembelian Aspire Vero 14. Peranti yang layak untuk program ini termasuk tablet, komputer riba, komputer desktop dan komputer AIO.

    Paparan Acer Vero CB 1 datang dalam tiga varian iaitu CB241Y, CB271, dan CB 271U. Ketiga-tiga monitor menggunakan 85% plastik PCR dan 5% OBP (Ocean Bound Plastic) dalam pembungkusan. Monitor Acer Vero CB1 hadir dengan pilihan 24 inci dan 27 inci dengan paparan sehingga WQHD untuk ketepatan warna sRGB sebanyak 99%.

    Monitor Acer Vero CB241Y dan CV271 adalah paparan IPS FHD 24 inci dan 25 inci sementara monitor 27 inci CB271U adalah paparan IPS WQHD. Monitor Acer Vero Cb241Y, CB271 dan CB271U masing-masing berharga RM749, RM879, dan RM1,099.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...