More

    Instagram kini benarkan pengguna muat turun video Reels

    TikTok mempunyai kelebihan yang ketara berbanding Instagram Reels kerana sesiapa sahaja boleh memuat turun video TikTok dan menyiarkannya pada rangkaian media sosial lain. Ciri ini membantu menarik pengguna baharu ke platform tersebut. Kini, Instagram telah menambah ciri tersebut pada platformnya.

    Ciri muat turun video Reels hanya tersedia untuk pengguna di AS buat masa ini dan hanya untuk akaun awam tetapi bukan akaun peribadi. Pada masa yang sama, pengguna dengan akaun awam boleh memilih tetapan yang menghalang pengguna daripada memuat turun Reels mereka.

    Untuk menggunakan ciri ini, pilih pada ikon “Kongsi” untuk Reel tertentu dan pilih “Muat turun”. Imej di atas menunjukkan bahawa Reels yang dimuat turun akan mempunyai tera air dengan logo Instagram dan nama akaun sama seperti TikTok.

    YouTube juga mula menambahkan tera air pada video Shorts yang dibuat pada desktop mungkin juga sebagai cara untuk menarik perhatian kepada ciri video pendeknya. Instagram mungkin menggunakan langkah ini sebagai satu cara untuk memastikan orang melihat Reels pada rangkaian media sosial yang lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured