More

    Acer Predator Triton 14 dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-13, RAM 32GB dan SSD 1TB bermula RM7,599

    Acer Malaysia mengumumkan Predator Triton 14 di pasaran Malaysia yang memaparkan reka bentuk sederhana dan ringkas sambil menawarkan teknologi dan prestasi terkini berukuran 18.9mm.

    Dengan berat hanya 1.7kg, Predator Triton 14 dilengkapi dengan cipset Intel Core i7-13700H Generasi ke-13 dan NVIDIA GeForce RTX 4070 atau RTX 4050. Ia menyokong sehingga RAM LPDDR5 6000MHz sehingga 32GB dengan SSD PCIe NVMe Gen4 1TB untuk memastikan kelajuan dan responsif yang terbaik.

    Ia menawarkan paparan IPS WQXGA (2560 x 1600) 14 inci meliputi gamut warna DCI-P3 100% dan menyokong kadar penyegaran semula 165Hz. Untuk mengekalkan memastikan komputer riba tidak terlalu panas, teknologi kipas AeroBladeTM 3D Generasi Ke-5 turut dibina dengan pengoptimuman aliran udara Vortex Flow dan gris haba logam cecair pada CPU.

    Selain itu, Predator Triton 14 hadir dengan Intel Killer Wi-Fi 6E AX1675i terbaharu untuk kelajuan prestasi serta rangkaian penuh port termasuk pembaca kad MicroSDTM untuk pemindahan foto dan video dengan pantas. Kamera FHD didayakan AI (Artifial Intelligence) untuk imej yang dipertingkatkan membolehkan fungsi seperti pembingkaian automatik, latar belakang kabur lanjutan dan pembetulan pandangan untuk pengguna.

    Ia boleh didapati di kedai rasmi Acer eStore dan Acer di Shopee dan Lazada pda harga bermula RM7,599. Pelanggan yang membeli Predator Triton 14 sebelum 16 Julai 2023 daripada Acer eStore atau Acer Concept Stores yang disenaraikan di bawah akan layak mendapat monitor Nitro VG270 E percuma bernilai RM549 dan satu tahun Trend Micro Antivirus bernilai RM150.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured