fbpx
More

    Apple ‘Back to School Savings’: Tawarkan peranti untuk tugasan pelajar dan 20% diskaun AppleCare

    Kini, Apple kembali dengan program ‘Kembali ke Simpanan Sekolah‘ tawaran harga diskaun. Pelajar boleh dapatkan Macbook Air, barisan Pro dan iPad untuk melakukan tugasan pelajaran dengan lebih mudah.

    MacBook Air 15 inci dengan cip M2 senipis 1.15cm dan berat pada 1.51kg menampilkan paparan Retina Cecair 15.3 inci beresolusi tinggi pada harga RM4,729 dalam warna midnight, starlight, space grey dan silver. MacBook Air 13 inci pula dengan cip M1 mudah dibawa dalam perjalanan dengan hayat bateri sepanjang hari. Ia berharga RM3,959 dalam warna kelabu angkasa, emas dan perak.

    MacBook Pro 13 inci pula menampilkan prestasi M2, pecutan ProRes, memori sehingga 24GB dan hayat bateri sehingga 20 jam. Ia juga mempunyai saiz 14 dan 16 inci lebih lancar untuk penyuntingan video, reka bentuk grafik atau pengeluaran muzik yang boleh bertahan sehingga 22 jam. Ia boleh didapati dalam warna kelabu angkasa dan perak bermula pada RM5,299.

    Kemudian, pelajar boleh pertimbangkan Mac mini (M2) pada RM2,079, komputer meja paling padat Apple menampilkan prestasi baharu mengikut keperluan pelajar. Terdapat juga Mac mini dengan M2 Pro yang menyediakan lebih banyak prestasi boleh digandingkan dengan Paparan Studio dan aksesori Magic.

    Untuk kegunaan mudah alih, iPad Air menampilkan cip M1, kamera hadapan ultra lebar, port USB-C dan sambungan 5G pada model selular. Ia disediakan dalam warna kelabu angkasa, merah jambu, ungu, biru dan cahaya bintang dengan ukiran percuma berharga RM2,659.

    iPad Pro memberikan pengalaman iPad terbaik mwmbawa kamera hadapan ultra lebar 12MP dan kamera belakang ultra lebar 10MP. iPad Pro 11 inci ini bermula pada harga RM3,659 dan iPad 12.9 inci bermula pada RM4,909 boleh didapati dalam warna perak dan kelabu angkasa.

    PUntuk lebih keseronokan, AirPods (generasi ke-3) dilengkapi dengan Audio Spatial mencipta pengalaman tiga dimensi manakala Adaptive EQ menala muzik ke telinga secara automatik. AirPods. Sarung Pengecas Kilat dan Sarung Pengecasan MagSafe (pilihan) adalah kalis peluh dan air mampu bertahan sehingga 6 jam dengan sekali cas. AirPods (generasi ke-3) bermula dari RM829 menyediakan ukiran percuma.

    Pelajar juga boleh nikmati penjimatan pada Papan Kekunci Ajaib dan mendapat 20% diskaun AppleCare. Selain itu, langgan dan dapatkan tiga bulan tambahan Apple Music percuma dan pelajar juga akan dapat kadar istimewa RM8.90/bulan dengan akses percuma ke Apple TV+. Anda boleh sahkan di halaman UniDAYS untuk dapatkan 20% diskaun di atas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Google Veo dilancar, boleh hasilkan video AI beresolusi 1080p daripada arahan teks

    Selepas OpenAI melancarkan teknologi penghasilan video berdasarkan model kecerdasan buatan (AI) Sora, kini Google pula melancarkan teknologi yang serupa iaitu Veo. Ia...

    Peranti Android akan datang boleh kesan panggilan penipuan dengan sokongan AI

    Dalam Persidangan Pembangun I/O 2024 yang diadakan hari ini, Google mengumumkan pengenalan fungsi pengesanan panggilan penipuan AI untuk sistem Android. Sistem AI...

    Google Photos bakal integrasikan Ask Photos untuk bantu pengguna cari gambar, jana kapsyen

    Acara Google I/O telah diadakan beberapa jam yang lalu dan syarikat itu mengumumkan banyak fungsi AI. Salah satu sorotan ciri AI pada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X