More

    Xiaomi Pad 6 Max 14″ dilancar: SD 8+ Gen 1, sokongan Dolby Atmos dan bateri 10,000mAh bermula ~RM2,434

    Selain Xiaomi MIX Fold 3, Xiaomi turut melancarkan Pad 6 Max dan jam tangan pintar Smart Band 8 Pro semalam di China. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan spesfikasi yang ditawarkan oleh Pad 6 Max.

    Xiaomi Pad 6 Max mempunyai paparan 14 inci memberikan anda 62% lebih luas permukaan untuk digunakan berbanding model Pro 11 inci. Paparannya menawarkan perlindungan Gorilla Glass 5, 10-bit dengan resolusi 2,880 x 1,800px,kadar penyegaran semula 120Hz, sokongan HDR10, Dolby Vision dan kecerahan 600 nits.

    Terdapat lapan pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman gaming dan penstriman video terbaik. Pad ini sesuai digunakan untuk bekerja kerana antara muka MIUI pada Pad boleh memuatkan sehingga 4 apl pada satu masa. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 membawa konfigurasi 8/256GB dengan perkembangan RAM 16GB dan storan 1TB.

    Tablet ini menggunakan bateri 10,000mAh yang mampu bertahan selama dua hari dengan penggunaan biasa. Dengan sokongan pengecas 67W, kuasa bateri meningkat ke 50% dalam masa 30 minit dan hingga 100% dalam 68 minit. Anda boleh menggunakan Pad 6 Max sebagai bank kuasa untuk elektronik anda yang lebih kecil juga dengan pengecasan terbalik 33W. Pada mod hibernasinya, ia mampu menyimpan penggunaan bateri selama lebih 40 hari.

    Tablet ini mempunyai kamera hadapan 20MP dengan LED untuk memberi tahu anda bahawa kamera sedang digunakan manakala kamer belakang menggunana sensor 50MP. Selain itu, terdapat empat yang boleh fokus pada satu orang (kon 60°) atau dalam senario sembang kumpulan mereka boleh mengambil suara dari 360° penuh.

    Ia boleh disambungkan kepada papan kekunci boleh tanggal dan terdapat juga stilus membawa kependaman 5ms semasa melukis atau menulis atau penuding laser maya. Max mempunyai unibody logam yang berukuran hanya 6.53mm tebal dan berat 750g dalam warna Hitam dan Perak.

    Xiaomi Pad 6 Max boleh didapati pada harga CNY 3,800 (~RM2,434) untuk 8/256GB, CNY 4,000 (~RM2,562) untuk 12/256GB, CNY 4,400 (~RM2,818) untuk 12/512GB dan CNY 4,800 (~RM3,075) untuk model 16GB/1TB. Sarung papan kekunci dan stilus dijual secara berasingan, masing-masing berharga CNY 800 (~RM512) dan CNY 500 (~RM320).

    Buat sementara ini, kami tidak pasti akan kehadirannya ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...