More

    Ini adalah spesifikasi iPhone 12 Pro Max dan warna baharu iPhone 12

    Kelihatannya, dunia teknologi masih belum sepi daripada khabar berita produk Apple. Sementara kehangatan kemunculan peranti Apple mampu milik, iPhone SE masih lagi terasa, kini hadir pula khabar mengenai spesifikasi dan ciri teknologi salah satu varian siri iPhone 12. Selain beberapa spesifikasi iPhone 12 Pro Max, turut timbul adalah jangkaan warna baharu iPhone 12 yang memikat pandangan!

    Jika anda ingin mengetahui khabar angin iPhone 12 sebelum ini, anda boleh ke pautan ini. Spesifikasi iPhone 12 Pro Max yang dilaporkan pada kali ini adalah mengenai reka bentuknya. Apa yang menarik adalah kewujudan takuk yang lebih kecil (seperti yang diminta oleh orang ramai) dan bezel yang lebih nipis. Namun, kami tertanya-tanya adakah lokasi dulang SIM pada iPhone selama ini menganggu? Menurut sumber, Apple mungkin bakal menukar lokasi kedudukan dulang SIM. Gambar di bawah menunjukkan jangkaan spesifikasi reka bentuk iPhone 12 Pro Max yang lain.

    Setakat ini, sumber melaporkan Apple bakal mengeluarkan beberapa warna baharu untuk keluaran iPhone 12. Melalui gambar bayangan di bawah, anda boleh melihat iPhone 12 dalam pilihan warna yang agak berani dan menarik seperti warna biru cerah, tona ungu dan jingga cerah.

    Apa pun, Apple dilaporkan hanya bakal menetapkan dua warna daripada tiga warna yang dinyatakan. Apakah jangkaan anda pula dan adakah anda salah seorang penanti kehadiran siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2 melalui Apple Hub

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured