More

    Apple Watch Ultra 2 dilancar: Jam tangan pintar tahan lasak bermula RM3,799

    Selain melancarkan jam tangan pintar Apple Watch Series 9, Apple turut melancarkan seutas lagi jam tangan pintar iaitu Apple Watch Ultra 2. Ini merupakan jam tangan khas untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak kerana ia dilengkapi ciri dan rekaan yang lebih kukuh berbanding Apple Watch biasa.

    Seperti Apple Watch Ultra yang pertama, Watch Ultra 2 mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding Apple Watch standard. Ciri baru untuk skrin Watch Ultra 2 adalah kecerahan puncaknya sehingga 3,000 nits bagi memudahkan pengguna untuk melihat skrinnya walaupun dalam situasi terik.

    Ia juga menawarkan muka jam Modular Ultra yang menunjukkan lebih banyak ukuran dan metrik pada skrinnya, seperti altitud, kedalaman menyelam atau jam randik. Skrin ini juga boleh mengaktifkan Dark Mode sewaktu berada di tempat yang gelap.

    Dengan sistem operasi watchOS 10, ia menawarkan fungsi baharu sewaktu bersenam, seperti Power Zones yang boleh dipaparkan sebagai Live Activity pada iPhone, serta aplikasi Depth yang boleh merekod lebih banyak sesi menyelam.

    Untuk situasi mendaki, ia boleh digunakan sehingga ketinggian 9,000 meter, manakala sewaktu menyelam, ia boleh digunakan sehingga paras 40 meter.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 72 jam dalam mod Low Power, atau 36 jam dalam mod standard. Seperti Watch Series 9, ia dilengkapi cip S9 SiP dan menyokong gerakan jari Double Tap.

    Apple Watch Ultra 2 akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured