fbpx
More

    OPPO Find X7 mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9300

    Selepas melancarkan telefon pintar andalan OPPO Find X6 pada awal tahun ini, OPPO dijangka akan melancarkan OPPO Find X7 pula pada 2024 dan kini beberapa maklumat awal daripada perkhidmatan penanda aras Geekbench mungkin telah mendedahkan spesifikasi asas untuk telefon tersebut.

    Menurut pengkalan data Geekbench, Find X7 akan mempunyai nombor model PHZ110 dan dilengkapi cipset generasi seterusnya oleh MediaTek iaitu Dimensity 9300 (nama kod k6989v1_64). Cipset tersebut bakal mempunyai seni bina teras CPU 1+3+4, terdiri daripada sebuah teras utama Cortex-X4 Prime 3.25GHz, tiga teras prestasi Cortex-A720 2.85GHz dan empat teras kecekapan Cortex-A720 2.00GHz.

    Berdasarkan penanda aras Geekbench, ia mendapat markah yang agak tinggi iaitu 2,139 untuk ujian teras tunggal dan 7,110 untuk ujian multi-teras. Telefon ini juga dilengkapi RAM 16GB.

    Sebagai rujukan, OPPO Find X6 (nama kod PGEM10) mendapat markah sekitar 1,549 untuk ujian teras tunggal dan 5,070 untuk ujian multi-teras.

    Perlu diingati bahawa ini mungkin sekadar unit prototaip dan bukanlah model komersial untuk Find X7. Selain itu, masih tidak diketahui juga jika siri Find X7 akan mempunyai beberapa model, seperti siri Find X6 yang terdiri daripada Find X6 standard dan Find X6 Pro.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Geekbench

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X