More

    Samsung Malaysia tawarkan Galaxy M14 5G secara percuma dengan pelan kontrak oleh pelbagai telko

    Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar mampu milik yang boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy M14 5G secara percuma atau pada harga diskaun jika anda melanggan kepada pelan tertentu oleh syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi. Ini adalah selari dengan langkah kerajaan untuk memastikan setiap rakyat boleh menikmati rangkaian 5G dengan pakej Rahmah 5G.

    Berikut adalah senarai pelan-pelan telko yang anda boleh langgan untuk mendapatkan Galaxy M14 5G secara percuma atau harga diskaun:

    • Celcom: Dengan pendaftaran XPAX Postpaid 60 dan ditambah dengan 5G Booster, anda akan dapat Galaxy M14 5G secara percuma
    • Digi: Dengan pendaftaran Digi Postpaid 60 dan ditambah dengan 5G Booster, anda akan dapat Galaxy M14 5G secara percuma
    • U Mobile: Galaxy M14 5G boleh dibeli dengan harga RM119, jika anda melanggan kepada pakej U Postpaid 68. Anda juga akan menerima rebat eksklusif RM10 setiap bulan selama 24 bulan
    • YES: Galaxy M14 5G boleh dibeli dengan harga RM240, jika anda melanggan kepada pakej YES Power 35

    Selain itu, setiap pembelian Galaxy M14 5G juga akan disertakan dengan langganan kepada Vio selama tiga bulan secara percuma.

    Jika anda tidak tahu tentang peranti ini, Galaxy M14 5G adalah telefon pintar kelas permulaan yang dilancar pada Mei lalu dengan spesifikasi RAM 12GB dan bateri 6,000mAh yang boleh bertahan sehingga 25 jam. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

    • Cipset Exynos 1330
    • RAM 6GB dan storan 128GB (boleh dikembangkan dengan kad mikroSD)
    • Paparan LCD PLS 6.6 inci
    • Kadar penyegaran semula 90Hz, resolusi 2408×1080
    • Perlindungan Corning Gorilla Glass 5
    • One UI 5.1 berdasarkan Android 13
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 50MP, lensa makro 2MP dan kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 25W
    • Spesifikasi lain: Pengimbas cap jari, sokongan 5G, NFC, USB-C, Bluetooth 5.2, Wi-Fi dwi-jalur dan bicu fon kepala 3.5mm.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured