fbpx
More

    KKD: Kerajaan akan utamakan keselamatan data peribadi rakyat dalam Digital ID

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber yang kukuh dalam memudahkan penggunaan untuk perkhidmatan awam dan swasta.

    Beliau berkata rakyat tidak perlu risau tentang pelaksanaan Digital ID kerana ia tidak mengambil data biometrik seperti pengecaman wajah atau iris mata pengguna. Sebaliknya, ia hanya memerlukan MyKad serta imbasan cap jari untuk tujuan kesahihan, serupa seperti yang telah lama diamalkan dalam urusan di bank.

    Rakyat hanya perlu memuat turun aplikasi MyDigital dalam Google Play Store atau Apple App Store, imbas kod QR kemudian sebuah MyDigital ID akan dicipta dalam telefon pintar mereka.

    Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa maklumat peribadi dan perbankan rakyat tidak akan dibocorkan. Beliau turut membidas kenyataan bahawa kononnya cip akan diimplan ke dalam tubuh untuk Digital ID, itu semua hanyalah pengaruh filem Hollywood.

    Jika anda tidak tahu, Digital ID adalah satu bentuk pengenalan diri individu dan pengesahan identiti secara digital yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan dan swasta sewaktu membuat transaksi dalam talian.

    Perlu diingati bahawa ia tidak akan menggantikan MyKad sebagai dokumen identiti utama untuk rakyat Malaysia.

    Digital ID akan memberi akses kepada pelbagai perkhidmatan awam seperti semua aplikasi kerajaan dan program bantuan, dengan menggunakan log masuk tunggal (single log in) menerusi MyDigital ID. Contoh aplikasi kerajaan yang menggunakan MyDigital ID termasuklah MyJPJ, MyJalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan banyak lagi.

    Dengan MyDigital ID, rakyat tidak perlu lagi menggunakan kata laluan yang unik untuk perkhidmatan kerajaan yang berlainan. Sebaliknya, semua perkhidmatan itu akan menggunakan satu log masuk sahaja.

    Beliau berkata selain manfaat tersebut, pihak awam atau swasta yang akan menggunakan perkhidmatan MyDigital ID juga boleh berjimat kerana mereka tidak perlu membina data komponen e-KYC (Electronic Know Your Customer) untuk para pengguna. Sebaliknya, mereka hanya perlu merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara sahaja.

    Buat masa ini, masih terdapat lagi kelonggaran pada peringkat awal kerana rakyat tidak perlu membuat MyDigital ID bagi mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sungguh pun begitu, akan terdapat keperluan untuk mendaftar pada masa hadapan kerana ia akan memudahkan banyak proses, menjimatkan kerajaan dan memudahkan rakyat.

    Kerajaan menyasarkan 1.6 juta rakyat akan menggunakan Digital ID pada fasa awal, terutamanya penjawat awam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri adalah individu pertama dalam Malaysia yang mempunyai MyDigital ID.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X