fbpx
More

    POCO M6 5G mungkin akan dilancar, dijenamakan semula daripada Redmi 13C 5G

    Xiaomi telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Redmi 13C 5G pada awal bulan ini di India, dan kini terdapat laporan mengatakan telefon itu bakal dijenamakan semula kepada sebuah telefon POCO untuk pasaran antarabangsa.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Kacper Skrzypek, Redmi 13C 5G akan dijenamakan semula dan dilancar sebagai POCO M6 5G untuk negara-negara terpilih. Sebelum ini, beberapa telefon Redmi pernah dijenamakan semula kepada POCO, seperti Redmi 12 5G yang dijenamakan semula kepada POCO M6 Pro.

    Redmi 13C 5G merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapi skrin LCD 6.74 inci dengan resolusi 720p dan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Dimensity 6100+, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP.

    Sebelum ini, telefon POCO terakhir yang dilancar untuk pasaran Malaysia, POCO C65, merupakan peranti yang dijenamakan semula daripada Redmi 13C.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X