fbpx
More

    MCMC: Kandungan bahaya dalam media sosial meningkat 24 kali ganda pada 2023

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menerbitkan statistik yang menunjukkan peningkatan 24 kali ganda terhadap jumlah kandungan memudaratkan dalam platform media sosial dan over-the-top (OTT) termasuklah Meta (Facebook, Instagram, WhatsApp) dan TikTok.

    Jumlah peningkatan itu adalah daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 pada 2023. Disebabkan peningkatan ini, kerajaan telah meningkatkan permohonan kepada syarikat media sosial untuk menurunkan kandungan yang memudaratkan. Ia bukannya bertujuan untuk menghadkan kepelbagaian pandangan rakyat, sebaliknya untuk melindungi pengguna daripada kandungan yang memudaratkan mereka.

    Kandungan yang memudaratkan ini termasuklah penipuan, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian yang boleh menimbulkan ancaman sosial di Malaysia.

    MCMC menekankan bahawa kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT perlu bekerjasama bagi membendung penularan kandungan seperti ini. Pada masa yang sama, tiga pihak ini juga perlu mengekalkan kepelbagaian pandangan untuk memastikan kesejahteraan semua netizen.

    Sebelum ini, pihak Meta (Facebook) dan TikTok telah menyekat sebilangan besar kandungan memudaratkan dalam tempoh enam bulan pertama 2023. Selain itu, Meta menyatakan dalam tempoh Julai 2022 sehingga Jun 2023, mereka telah menyekat akses kepada lebih 3,500 item sebagai tindak balas kepada laporan daripada pengawal selia komunikasi negara dan agensi-agensi kerajaan lain.

    Item-item itu terdiri daripada kritikan terhadap kerajaan, perjudian haram, ucapan kebencian, pembulian, penipuan kewangan serta kandungan yang memecahbelakan kaum dan agama.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X