fbpx
More

    Siri vivo X100 dilancar di Malaysia: Kamera ZEISS, cipset Dimensity 9300, cas pantas 120W bermula RM3,499

    Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk 2024 iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro. Sebagai sebuah telefon yang mengutamakan prestasi kamera, ia mempunyai spesifikasi kamera yang dibina dengan teknologi ZEISS Co-engineered Imaging System dan cip vivo V3 untuk menghasilkan gambar yang cantik.

    vivo X100 Pro dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor berukuran 1 inci untuk menangkap lebih banyak cahaya, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto terapung ZEISS APO 50MP yang boleh membuat zum optikal sehingga 10x serta zum digital sehingga 100x. Ia turut mempunyai cip pengimejan vivo V3 baharu yang menjanjikan pemprosesan imej yang lebih cantik dan cekap tenaga.

    vivo X100 pula mempunyai kamera utama VCS True Colour 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto ZEISS 64MP. vivo X100 sekadar menggunakan cip pengimejan vivo V2 yang diperkenalkan dalam siri vivo X90 sebelum ini.

    Kedua-dua telefon mempunyai lensa yang mempunyai pengiktirafan ZEISS T* Coating untuk mengurangkan pantulan cahaya dalam gambar. Selain prestasi fotografi tinggi, kedua-dua telefon mempunyai cipset MediaTek Dimensity 9300 yang merupakan cipset tercanggih oleh MediaTek setakat ini.

    Satu lagi perbezaan di antara dua telefon ini adalah daripada segi kapasiti dan kadar pengecasan. vivo X100 Pro mempunyai kapasiti 5,400mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 100W, manakala vivo X100 mempunyai kapasiti 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 120W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo X100:

    vivo X100 Pro

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 1260×2800, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 9300
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama ZEISS 50MP + kamera telefoto periskop 50MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,400mAh
    • Pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 50W
    • Sistem operasi Android 14 dengan Funtouch 14
    • Pembesar suara stereo
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Startrail Blue dan Asteroid Black
    • Harga: RM4,599

    vivo X100

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 1260×2800, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 9300
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto periskop 64MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Sistem operasi Android 14 dengan Funtouch 14
    • Pembesar suara stereo
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Startrail Blue dan Asteroid Black
    • Harga: RM3,499

    Pra-tempahan boleh dibuat dalam laman web ini bermula 4 Januari, manakala pra-pesanan di kedai fizikal pula boleh dibuat bermula 6 Januari. Setiap pra-tempahan akan dihadiahkan dengan perlindungan skrin selama 180 hari bernilai RM300 dan fon telinga wayarles vivo TWS, manakala vivo X100 Pro akan menerima tambahan jam pintar vivo selection.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Meta wajib jelaskan tindakan memadam hantaran pertemuan Anwar, Hamas

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengecam tindakan Meta menghapuskan laporan berita mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin...

    Nothing tawarkan Android 15 Beta 1 pada Phone (2a) tetapi bukan pada telefon andalannya

    Android 15 sedang menjana keterujaan dengan butiran lanjut dijangka daripada Google pada acara I/O yang akan datang. Menjelang pengumuman ini, beberapa pengeluar...

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X