Terkini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa alat gaming yang ditunggu ramai, PlayStation 5 bakal diumumkan secara rasmi oleh Sony dalam sebuah acara. Acara pengumuman tersebut dilaporkan bakal berlaku pada 4 Jun 2020.
Laporan tarikh pengumuman PS5 ini dikongsikan oleh seorang jurnalis Jeff Grubb melalui forum Resetera. Sebenarnya, pengumuan PS5 akan berlaku pada bulan Mei. Namun, penularan pandemik membuatkan Sony menganjak tarikh pengumuman ke 4 Jun 2020. Turut bakal di umumkan adalah produk eksklusif PS4.

Di sisi yang lain, Microsoft bakal mengumumkan XBox Series X dan konsol generasi seterusnya dengan harga yang lebih berpatutan yang dipercayai bernama Xbox Series S.
Jika anda ingin menyemak berita PlayStation 5 yang lepas, anda boleh mengikuti pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Video Games Chronicles







