fbpx
More

    Ciri penyuntingan pelekat dalam aplikasi WhatsApp dilancar, tersedia untuk iOS

    Mulai hari ini, pengguna WhatsApp untuk platform iOS kini boleh membuat, mengedit dan berkongsi pelekat sendiri di WhatsApp tanpa perlu menutup aplikasi. Dengan pantas dan kreatif, anda boleh menukar foto anda sendiri menjadi pelekat atau melakukan penyuntingan untuk yang sedia ada.

    Anda boleh membuat pelekat anda sendiri tanpa perlu menyeret dan melepaskan daripada galeri imej atau menggunakan aplikasi pihak ketiga tidak rasmi sambil mendapat manfaat daripada keselamatan penyulitan hujung ke hujung WhatsApp.

    Gunakan fungsi pangkas (crop) automatik serta set alat penyuntingan termasuk teks, lukisan dan juga keupayaan untuk menindih pelekat lain. Setelah dihantar, pelekat disimpan secara automatik dalam pilihan pelekat supaya anda boleh menghantar semula pada bila-bila masa kelak.

    Untuk membuat pelekat daripada imej:

    1. Buka pilihan pelekat anda dengan memilih ikon pelekat di sebelah kanan kotak teks
    2. Pilih ‘buat pelekat’ dan pilih imej daripada galeri anda
    3. Sesuaikan pelekat anda dengan memilih potongan dan menambah teks, pelekat lain atau melukis di atasnya
    4. Hantar!

    Untuk menyunting pelekat sedia ada:

    1. Buka pilihan pelekat anda dengan memilih ikon pelekat di sebelah kanan kotak teks
    2. Tekan lama-lama pelekat yang ingin anda sunting dan pilih ‘sunting pelekat’
    3. Sesuaikan pelekat anda dengan menambahkan teks, pelekat lain atau lukisan padanya
    4. Hantar!

    Pembuat pelekat tersedia di WhatsApp Web dan akan dilancarkan pada iOS 17+ dalam beberapa hari akan datang. Mereka yang menggunakan versi iOS yang lebih lama akan dapat mengedit pelekat sedia ada tetapi tidak dapat membuat pelekat baharu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X