More

    British Museum beri akses dalam talian percuma buat semua pamerannya

    Jika anda mendapati tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin anda boleh cuba ‘melawat’ sebuah muzium di United Kingdom. British Museum kini membuka akses kepada semua koleksinya secara dalam talian dan ia adalah percuma!

    Muzium tersebut menawarkan gambar lebih 4.5 juta objek dan ia bukan sahaja boleh dilihat tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk sebarang tujuan bukan komersial. Lebih 280,000 gambar adalah pertama kali dimuat naik ke laman web British Museum.

    Anda juga boleh menggunakan Google Street View untuk membuat lawatan maya, di mana anda seolah-olah berada dalam muzium tersebut!

    Ini tentunya sumber yang menarik buat tujuan pendidikan di rumah, terutamanya apabila sekolah telah ditutup sepanjang PKP. Sebelum ini, rangkaian Smithsonian Museum di Amerika Syarikat juga telah membuka akses dalam talian secara percuma buat hampir 3 juta gambar digital daripada koleksi institut tersebut.

    Adakah anda akan memanfaatkan inisiatif dalam talian percuma oleh British Museum ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: British Museum Blog

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured