Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sehingga Disember 2023, kadar liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Selangor telah mencapai 95.9%. Ini juga bermakna rangkaian 5G hampir mencapai liputan penuh di Selangor.
Bagaimanapun, Fahmi turut menegaskan masih banyak pihak dalam industri dalam kawasan Selangor tidak menggunakan teknologi baharu itu. Selain pemain industri, bilangan pengguna biasa yang menggunakan rangkaian 5G juga kekal rendah.
Awal tahun ini, beliau telah mengumumkan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan untuk rangkaian 5G dan beberapa syarikat telekomunikasi telah mula menghapuskan caj tambahan untuk pas 5G. Langkah itu dijangka meningkatkan bilangan pengguna rangkaian 5G secara beransur-ansur.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA







