More

    Kerjasama MPAJ dan CelcomDigi bakal transformasi Hulu Kelang jadi bandar pintar

    CelcomDigi dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan digital di DUN Hulu Kelang bagi proses transformasi kepada sebuah bandar pintar.

    Menerusi kerjasama selama 10 tahun itu, kedua-dua pihak akan berkolaborasi untuk meneroka dan melaksanakan penyelesaian teknologi 5G serta infrastruktur gentian yang mantap. Ia bagi membina satu ekosistem bandar pintar yang akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di Hulu Kelang.

    Kerjasama ini menyokong ‘Rangka Kerja Bandar Pintar’ MPAJ, satu pelan berwawasan yang dibangunkan pada Januari 2022 bagi mentransformasikan Ampang Jaya kepada bandar pintar dengan memfokuskan kepada Infrastruktur Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar dan Tadbir Urus Pintar.

    CelcomDigi akan menerajui sandbox yang menghimpunkan semua pihak berkaitan dengan penyelesaian bandar pintar seperti inovator, usahawan, pembekal teknologi dan pengeluar peranti untuk menguji produk serta perkhidmatan mereka dalam persekitaran sebenar.

    Terdahulu, MPAJ telah melaksanakan beberapa inisiatif Bandar Pintar seperti pemasangan CCTV, Wi-Fi dan Smart Junction di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbirannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured