More

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari ini. Namun, jika laporan hari ini adalah tepat, kemungkinan besar HUAWEI tidak akan dapat menggunakan cip sama ada daripada Qualcomm atau Intel pada masa hadapan.

    Hal ini boleh mengakibatkan HUAWEI tidak boleh membuat komputer riba lagi melainkan terdapat penyelesaian dalam hal ini. Pembatalan lesen nampaknya berkuat kuasa serta-merta yang mempersoalkan tentang kehadiran komputer riba MateBook X Pro yang diumumkan baru-baru ini dalam pasaran.

    Namun, sehingga kini, Qualcomm, Intel dan HUAWEI masih belum membalas sebarang komen. Kementerian Luar China memang mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa China dengan tegas menentang Amerika Syarikat yang melebih-lebihkan konsep keselamatan negara dan menyalahgunakan kawalan eksport untuk menindas syarikat China tanpa alasan.

    Kesengsaraan HUAWEI bermula sejak 2019 apabila syarikat itu diletakkan dalam senarai sekatan perdagangan AS kerana kebimbangan jika rakyat Amerika diintip. Akibatnya, pembekal HUAWEI terpaksa mendapatkan lesen khas dan lesen tersebut kini dilaporkan telah dibatalkan untuk Qualcomm dan Intel.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured